Wednesday, December 18, 2019

Throwback - Ride LakiBini Pos Kuala Mu, 3 Mac 2019

Selepas melihat posting2 dalam FB berkenaan Pos Kuala Mu dan saya pun dah gatal tangan nak pulas trottle, I pun plan dgn wife untuk ride jauh sikit kali ni. 

Bertolak dari Bangi sekitar jam 9pg, ride santai2, sampai Pos Kuala Mu jam 2.30 ptg.
Jalan cantik cuma bila nk sampai tu jalan berbelok belok dan agak sempit, dibeberapa tempat, jalan berbatu dan beralun. Beberapa kali cicah double stand.

Tempat cantik, boleh berkhemah dan ada chalet asas yg boleh disewa, RM40-60 semalaman. Tandas luar, air panas tk de, bayangkan ler kalau pagi2 nk mandi .. mesti ketor.. kansel bermalam disana, teruskan perjalanan ke Seberang Jaya, jumpa kawan kerja kat Qatar dulu. Khairi dan Nadia.

Keesokannya dari penang terus ke Melaka, singgah dirumah Terendak sekejap, madi dan berehat, malamnya gi stadium tengok bola, Melaka United vs KL (2-0). 

Lepas habis bola balik semula ke Sotvil.









No comments:

Post a Comment

Ride to Kuala Kangsar - Air terjun, Durian, Homestay Kampung, BBQ with good friends

 What else shud you ask for than a great weekend - Ride, Durian, water rapids, homestay at nice kampung and BBQ at nights. Kuala Kangsar has...