Day2; Mae Chaem - Thung Buat Thong at Doi Mae U Kho - Long Neck Karen Village at Ban Huai Suea Thao - Mae Hong Son
Lepas sarapan roti cicah kopi segera, kami bersiap meninggalkan Mae Chaem House, dalam kesejukan pagi menuju destinasi seterusnya iaitu Thung Bua Thong di Doi Mae U Kho. Cuaca berkabus dan suhu sekitar 8 deg. C.
Lepas lebih kurang 1 jam perjalanan saya dapati minyak dah hampir setengah sedangkan perjalanan masih jauh. Untuk lebih selamat saya cari kedai jual minyak di sebuah kampung. Saya berhenti dan bertanya kepada penduduk, dengan bahasa isyarat, mereka pun menunjukkan kedai runcit yg tk beberapa tapak sahaja dari tempat bertanya tadi. Disini kami dapat pengalaman baru isi minyak dari pam yang tak pernah saya lihat sebelum ni. Harga agak mahal bagi 3 liter RON91 harganya 125baht, bermakna satu baht lebih kurang 41.6 baht.
Kami sampai ke Thung Bua Thong sekitar jam 9.30am, matahari telah meninggi dan melimpahkan cahaya keatas bunga matahari liar jenis Mexican Sunflower. Kawasannya sangat luas dilitupi warna kuning, sangat cantik dan bunga matahari hanya mekar dibulan November dan Disember sahaja. Kami pun bergambarlah sepuas hati.
Kemudian berpatah balik dan singgah dikebun bunga tk jauh dari Thung Bua Thong, ditanam oleh peniaga tempatan sebagai tarikan pelancung. Bagi mengalas perut saya beli ubi keledek bakar 3 ketul. kami hanya bau asap sahaja daging bakar, yang kami tak tahu daging apa, buat tk tahu sajalah, sedangkan perut dah mula keroncong.
Perjalanan diteruskan lagi kali ini agak jauh sedikit dan kami melalui jalan utama yang lebih lebar dan cantik. Boleh lah speeding sikit dan layan koner. Sekali sekala kami berhenti untuk meluruskan pinggang sambil menikmati pemandangan dipergunungan. Terdapat ramai rider dari luar negara yang ditemui antara yang dapat saya berbual ialah dari Taiwan, menaiki motor jenis BMW dan Triumph klasik. Juga terlihat mat saleh dan awek siamnya menaiki GS dan African Twin. Kami angkat tangan jer, sebagai tanda hormat.
Kami ride berdua sambil layan berbual dengan intercom cap ayam yg dibeli di Lazada, berharga 2 ratus lebih sepasang, boleh la layan berborak berdua tak da le bosan sangat.
Kami sampai ke perkampungan suku Karen berleher jinjang lebih kurang jam 3 petang. Jalan masuk ke kampung tersebut kami kena melintasi 3 anak sungai. Rasa adventure sikit bila meredah anak sungai ala ala Rimba Raid la sikit kan... Suku Karen ialah pendatang tanpa izin dari Myanmar yg dihalau dari negara asal mereka kerana penghapusan etnik oleh rejim junta tentera Myanmar. Oleh itu mereka tidak boleh keluar dari tanah yang disediakan oleh kerajaan Thai. Keunikan mereka ialah menggunakan gelung tembaga dileher dan bawah lutut, menyebabkan ramai pelancung datang dan secara tak langsung menjana ekonomi mereka. Kami sempat la membeli fridge magnet sebagai cenderahati kapada kawan2 di Malaysia.
Selepas tu kami terus ke Restoren makanan muslim di Mae Hong Son, search je google ada beberapa kedai dan kami memilih yang berdekatan masjid. Kami makan sepuasnya dan tapau untuk makan malam sekali. Harga makanan sangat murah dan sedap.
Sebelum ke hotel Jasmin Resort, kami singgah di Chamber of Commerce untuk beli sijil dan sticker. Perempuan yang menjaga tu sangat mesra dan mengambil gambar kami dengan banyaknya. Di pintu pejabat tu penuh bertampal stiker dari kumpulan2 mat motor yang telah sampai disana. Kebanyakanya dari malaysia lah kan kan kan ..
Sampai di hotel kami berehat ingat kan tak nak keluar dah malam tu tapi masih awal untuk tidur, kami pun start motor dan jalan2 di Night Market ditepian tasik. Besar marketnya tapi lengang je macam tak de orang sangat mungkin bukan hari minggu.
Sekian untuk hari kedua, nantikan sambunganya, untuk hari ketiga besok ye.
No comments:
Post a Comment