Naik Air Asia pkl 6.50am,sampai Chiang Mai pkl 9.30am waktu Thailand. Terus ke Pop Big Bike Rental. Buka jam 10am. Lepas urusan sign agreement dan bayar lamsam 6000baht dn deposit 10k baht, sebagai deposit kerana tidak meletakkan passport. Saya sewa Honda CB500x tahun 2018. Walaupun tidak seperti dalam gambar yg dia tunjuk sebelum ni namun saya setuju setelah memeriksa keadaan motor, ini sangat penting kerana akan menentukan keselamatan dan juga supaya mengelakkan masalah bila memulangkan semula motor nanti. Ambil gambar motor banyak2 supaya mudah nk bukti kan keadaan motor sebelum dan selepas. Keadaan tayar baru, brake pad, engine oil, battery, signal dan lain2 OK. Ngam. Untuk pengetahuan pannier box kena tambah an caj 600baht once for whole trip dan saya tambah phone holder 300baht senang nk tengok GPS, yg ni boleh bawak balik lepas trip.
Selepas mengisi minyak, cadangnya kami nak lunch di Yaring restoren yg terletak 500meter dari PopRider, namun waktu kami sampai Kedai tutup lagi, mungkin masih awal lagi. Jadi kami teruskan ke destinasi pertama kami iaitu Doi Inthanon National Park. Lebih kurang 1 jam 30min perjalanan. Untuk masuk ke Kawasan National Park ni kami kena bayar 60baht seorang. Disitu terletaknya, Wachirathan Waterfall dn kemudian Sirithan Waterfall. Sepanjang Jalan terdapat jeram2 yg jernih air ya dalam hati berkata Kalau tk bawak bini memang Abang dh berkubang lama dah.. My childhood favourite activity..
Selapas tu kami ke Royal Agricultural Station Doi Inthanon. Dan seterusnya ke King's Pagoda dan Highest Point in Thailand, semuanya terletak berdekatan sahaja. Waktu kami sampai di King's Pagoda jam sudah pukul 3petang cuaca pun dah berkabus. Jalan menjadi licin dan penglihatan agak terhad, jadi saya kena bawa motor perlahan dan berhati2.
Kami pun teruskan perjalanan menuju motel di Mae Chaem 45minit dari Doi Inthanon.
Kami pun teruskan perjalanan menuju motel di Mae Chaem 45minit dari Doi Inthanon.
Makanan kami hari pertama ni ialah roti dan mee segera halal yg dibeli dari 7e sahaja. Memang tanda halal di Thailand lain dari Jakim tapi saya perhatikan dia ada no rujukan dan barcode. Dan kalau kita buat rujukan di Internet, Halal Authority Thailand agak extensive juga. Cuaca semakin sejuk bila masuk Kawasan gunung dan di Mae Chaem malam tu 11 degrees C..
No comments:
Post a Comment