Thursday, December 19, 2019

Ride LakiBini ke North Thailand, Mae Hong Son Loop (famously known as Thousands Corner) and Golden Triangle. (Day 3)

Day 3: Jasmin Resort – Pang Ma Pha Viewpoint – Chinese Village Viewpoint, Pai – Muslim Restaurant, Mae Sae – Huai Luk Royal Project – Hinoki Land – Supunnika Guesthouse, Fang.
Hari ketiga merupakan perjalanan paling jauh sepanjang trip ni, iaitu sejauh 323km. Semasa cari info dalam internet tak banyak yang saya dapat sepanjang laluan hari ke 3. Melainkan Pai, yang lebih terkenal dikalangan orang Thai dan pelancong barat. Tetapi saya terpaksa skip Pai untuk mengejar masa untuk next target iaitu Golden Triangle. Di Pai saya Cuma singgah di Chinese Village Viewpoint. Cadangan asal nak ke Santichon Village tapi macam ramai orang dan kena berjalan di tempat besar, jadi saya teruskan perjalanan naik bukit dan secara tk sengaja hingga ke viewpoint yang menarik, berkonsepkan Chinese juga. Kami pun berehat, bergambar dan minum kopi, sambil menikmati view yang super ohsem. Masuk kena bayar 20baht, at least lebih murah berbanding Santichon Village dibawah nu.
Selepas puas menghirup udara nyaman di puncak bukit, badan pun dah hilang letih, kami pun bergerak menuju Mae Sae untuk makan tengahari. Pertengahan jalan saya ternampak grup konvoi Cikgu Jas, Cikgu Besar, Abang Man dan 2 lagi rakan. Mereka dah berkelana selama 6 hari, memang sempoi la korang. Dapatlah kami berjumpa dan ambil gambar kenangan. Memang saya dah agak akan bertembung dipertengahan jalan, kerana kami lalu jalan yang sama. Cuma mereka buat pusingan lawan jam, saya pula ikut arah jam. Rezeki kami.
Di Mae Sae terdapat 2 restoren yang halal dan kami pilih yang menghala ke Chiang Mai. Seberang Jalan terdapat sebuah lagi yg lebih cozy dn mendapat review yg baik dalam Google. Restoren agak besar dan makanan pun sedap. Popular juga dikalangan pengunjung kerana berada ditengah2 antara Pai dan Chiang Mai.
Selepas makan kami bergerak lagi melayan koner tajam siku, tapi jalan cantik jadi saya agak yakin untuk mengerengkan motorsikal. Beberapa kali juga tersagat hujung kasut dan footrace, ini kerana muatan berat yg saya bawa, bukan sebab laju sangat ye.. dalam perjalanan jauh sebegini, saya harus berhati2 kerana kalau terjadi apa2 hal, susah kami nanti. Untuk pengetahuan, untuk trip ni kami dicover oleh AXA Insurance yg boleh dibeli online. RM78 untuk 2 orang selama 5hari.
Habis je kawasan pergunungan meter minyak motor menunjukkan 2 bar, saya pun tercari2 lah pam minyak di tepi jalan. Dan kami terjumpa pam vending machine untuk petrol. Pam ni sangat menarik hati kami, kerana ada muzik semasa pengisian berjalan. Harga agak tinggi tapi inikan cari penglaman namanya. Selepas tu berjalan lebih kurang lima minit ternampak pam stesen yg besar.. hmmm . redho je lah.. hahaha.
Seterusnya kami teruskan perjalanan agak lama jugak atas motor, isteri sampai mengeluh, huhuhu.. kamudian kami berhenti di Huai Luk, minum kopi dan baca wasap. Kami solat jamak juga disini, tandas juga bersih. Selepas itu perjalanan diteruskan lagi, lebih kurang setengah jam kami ternampak pintu gerbang merah ala ala jepun. Kami pun singgah dan tak menyesal singgah kerana terdapat tarikan yang tk kurang hebatnya iaitu Hinoki Land. Sebuah taman berkonsep jepun, didalamnya terdapat bangunan ala jepun dan terdapat tempat membuat tilam tradisi jepun, juga terdapat coffee house. Yang paling menarik ialah sebuah bangunan besar 3 tingkat ditepi tasik yang cantik. Pengunjung boleh menyewa kimono untuk mengambil gambar. Harga tiket masuk ialah 130baht seorang. Banyak juga gambar kami berdua, siap posing ala hindustan.. hehehe.. kami berada disana hingga taman ditutup jam 5 petang, kemudian kami terus ke Supunnika Guesthouse.
Supunnika Guest House saya booking melalui booking.com, harga 500bht semalaman. Melalui review yg saya baca sangat bagus, rating 9.6, tapi lokasi nya agak jauh sedikit dari bandar. Bila kami sampai kami disambut seekor anjing yang agak besar seperti anjing rotweiller polis. Orang rumah dah cuak. Anjing tu pulak nak bermesra. Apa lagi melompat orang rumah saya.. Kikiki. Saya pun memberitahu owner yang kami tidak biasa dengan anjing dan meminta beliau mengikat atau menyimpan anjing tersebut didalam rumah. Malam tu orang rumah memang tk keluar dah le.. Cuma saya je keluar ke 7e untuk membeli roti dan susu. Kopi disediakan oleh owner homestay.
Sekian untuk hari ketiga, bersambung esok InshaAllah...




























No comments:

Post a Comment

Ride to Kuala Kangsar - Air terjun, Durian, Homestay Kampung, BBQ with good friends

 What else shud you ask for than a great weekend - Ride, Durian, water rapids, homestay at nice kampung and BBQ at nights. Kuala Kangsar has...