Hari ke-4 ialah highlight of the trip, kerana bagi isteri melawat taman bunga yang paling cantik sepanjang trip ni dan bagi saya paling adventure iaitu melalui route 1149.
Ketika kami meninggalkan guesthouse yg ada anjing besar tu, pagi masih berkabus dan sejuk. Kami terus mencari restoren muslim. Kedai yg pertama kami tuju masih tutup, mungkin kerana hari jumaat atau cuti umum, saya tk pasti jadi kami terus ke option yg kedua. Semasa kami sampai kedai tersebut baru ja jerang air. Awalnya mereka menolak dengan mengatakan masih belum bersedia, namun setelah saya beritahu kedai yg pertama tutup, mereka berusaha juga untuk menyediakan sarapan, dan menyuruh kami tunggu sebentar. Ownernya Mohd Isa dan Layla, sangat peramah. Layla boleh ber bahasa inggeris sikit sikit, mana kala mohd Isa pakai bahasa I syarat je, 😂Muka mereka seperti etnik Cina. Memang etnik cina banyak tersebar di utara Thailand, dimana nenek moyang mereka berasal dari selatan tanah besar Cina. Kami makan Khoa Soi, sejenis makan popular disana. Seperti mee kari, dimana mee mereka hasilkan sendiri. Sangat sedap ditambah cili, jeruk sayuran dan kicap soya ikut citarasa masing2. Sementara menuggu khoa soi siap kami dihidangkan kacang rebus dan sejenis kuih seperti kuih bulan tapi besar sebesar piring lauk. Kerana yakin halalan toyiban kami melantak sehingga kenyang. Alhamdulillah, bekalan tenaga kami perlukan untuk perjalanan yang jauh.
Setelah makan, kami on the bike semula dan kerana hari ni hari jumaat, saya dah search route ni dan tahu ada masjid besar dipertengahan route. Lebih kurang 30 minit perjalanan kami sampai di masjid ArRahman, waktu masih awal untuk solat jumaat, oleh tu saya solat Duha sahaja. Saya suka untuk melihat perkembangan syiar islam dimana sahaja saya pergi. Sewaktu sampai imam masjid sedang menyapu lantai masjid persediaan sebelum Jumaat. Saya sempat berbual dengan Imam Ali. Kelihatan bangunan masjid bercirikan bangunan Cina dan terdapat tulisan cina didinding masjid. Alhamdulillah juga santapan Rohani dan doa untuk kesenangan trip ni.
Destinasi seterusnya ialah Doi Tung, tetapi tk lama berjalan saya ternampak signboard Hompandin Farm ala2 koboi, terus saya pusing balik dan masuk melawat. Tak rugi kerana cantik juga farm ni, Nampak macam baru didirikan. Masa kami sampai ada 2 bas sudah keluar, jadi ketika itu hanya kami berdua sahaja pengunjung Farm ini. Best. Nampak besar juga, dan ada pulak basikal untuk disewa. Apa lagi kami bersenam mengayuh sambil melaram amik gambar sepuas hati.
Next kami ke Doi Tung, Mae Fah Luang Garden. Ini satu destinasi yang wanita paling suka, dan saya pun enjoy juga dapat berehat2 dan santai dalam suasana sejuk. Masa kami sampai, punya lah ramai pengunjung, saya pun tak sangka, sebab review dalam internet biasa biasa je, rugi kalau skip tempat ni. Tempatnya besar dan patut menghabiskan masa satu atau 2 jam. Jam dah menunjukkan pukul 11, dan waktu solat Jumaat terpaksa skip. Kawasan kebun bunga yang sangat cantik, terdapat juga kawasan permainan untuk anak2. Ada juga treetop walk dan zipline. Tapi saya skip. Untuk masuk ke dalam 2 taman sahaja bayarannya ialah 180baht untuk 2 orang tak termasuk Doi Tung Vila dan Inspiration Hall. Kawasan sungguh besar. Jadi kami terpaksa memilih apa yg kami hendak lihat sahaja.
Selepas Mae Fah Luang Garden, kami bergerak ke Mae Fah Luang Arboretum, saya pun tak tahu makna arboretum sehingga saya menulis ni – “An Arboretum is an area devoted to specimen plantings of trees and shrubs. Distinct from a forest, nursery or park, it is in a sense an outdoor museum of trees. It is a place where many varieties of trees are grown for research, educational, and ornamental purposes; where trees and shrubs are cultivated for exhibition.”. Rupanya arboretum ni mempunyai koleksi bunga yang sebahagiannya diambil dari negara lain dan ianya ibarat sebuah museum. Patutlah cantik. Disini ada sebuah padang untuk bersantai dan anda boleh memesan coffee sambal baring di padang tersebut. Oleh kerana suasana nyaman, saya terlelap seketika. Dapatlah merehatkan badan memulihkan tenaga sebelum meneruskan ride.
Seterusnya kami akan ke Northern Most of Thailand. Perjalanan lagi 45minit. Plan asal ialah melalui jalan turun semula ke jalan utama, tapi mengikut google map ada jalan mengikut rabung gunung bersempadanan dengan Myanmar. Beza 2 minit je tapi lebih dekat, 16km berbanding 22km mengikut jalan besar. Saya lihat ada banyak motor melalui jalan tu termasuk motor touring. Jadi pada fikiran saya tk rugi mencuba. Jalan ini benama Route 1149. Jalan ni bukan jalan biasa biasa namun saya lihat beberapa motor touring melalui jalan ni. Pada fikiran saya tak rugi mencuba, kalau tak boleh patah balik. Dan pilihan saya sangat berbaloi kerana dapat melihat pemandangan cantik, berada disempadan 2 negara, berada dirabung gunung. Terdapat military checkpoint, berpalang pagar tapi saya redah sahaja, mereka seperti dah biasa dengan pengunjung, pagar diangkat, dan saya berkata mahu ke mae sai, tanpa sebarang masalah mereka mengngguk sahaja. Sepanjang menulusuri jalan tersebut terdapat beberapa camping ground dan view point yang cantik. Kenderaan lain ada juga berselisih walau pun tak banyak. 10 minit pertama masih agak mendatar dengan sedikit turun naik sahaja. Tetapi selepas 10minit, jalan semakin curam menuruni bukit sehinggakan saya terbaksa menggunakan gear satu dan main brake depan belakang bersilih ganti. Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke pekan Mae Sai dan terus ke landmark northern most of thailand dan mencapai another milestone trip ini.
Dari situ kami kemudianya mengalas perut di Bismillah Restaurant dengan nasi dan tomyam, telur dadar, sayur. Kemudian kami ke masjid AnNour, untuk solat. Besar masjidnya Alhamdulillah.
Dari situ kami kemudianya mengalas perut di Bismillah Restaurant dengan nasi dan tomyam, telur dadar, sayur. Kemudian kami ke masjid AnNour, untuk solat. Besar masjidnya Alhamdulillah.
Kemudian kami terus shoot ke Golden Triangle lebih kurang 25minit perjalanan. Kali ni jalan dh mendatar. Sampai disana kami bergambar untuk kenangan sahaja, Kami tak ambil peluang untuk ke Laos, bagi yang hendak ke sana ada disediakan bot. Dalam goggle review mengatakan terdapat pasar yg banyak menjual kebanyakanya barangan tiruan cina dan arak ular dan binatang berbisa, tk berbaloi pada pandanganmu saya.
Perjalanan kami teruskan ke Chiang Rai lebih kurang 1 jam perjalanan. Kali ni ada hiway yg baru siap. Kami hamper tersesat kerana dalam google map belum update. Sesampai di Guesthouse waktu dah malam dan kami pun berehat membersih badan, caj segala peralatan. Saya siap bawa triple socket supaya senang nk caj henfon, powerbank, dll. Alhamdulillah perjalanan kami dah sejauh ini. Hampir semua target dah terlaksana. 1. Highest point in Thailand, 2. Bunga Matahari 3. Thousands Corner 4. Long Neck Karen 5. Doi Tung 6. Northern Most of Thailand 7. Golden Triangle … Alhamdulillah syukur
Last episode tomorrow InshaAllah.. Till then Ride Safe yoo..
No comments:
Post a Comment