Thursday, December 19, 2019

Ride LakiBini ke North Thailand, Mae Hong Son Loop (famously known as Thousands Corner) and Golden Triangle. (Day 5&6)

Day 5 and 6: Suan Tung Coffee and Guesthouse, Chiang Rai – Field Marshal P. Pibulsongkram house, Chiang Rai - Mae Fah Luang Teak Hor Kam RMFL– Mae Kachan Geyser and Hot Spring – Yaring Restaurant - S.K. House 2, Chiang Mai – Anusarn Market – Ha Roti – Rice and Noodle – Masjid Hidayatul Islam Banhaw, Chiang mai – Airport – Home sweet home.
Alhamdulillah, selepas kami menghabiskan perjalananan setakat semalam, rasanya hari ni lebih santai kerana berbaki 2 hari lagi untuk pulang. Jadi kami tidak rushing untuk balik, sempat lagi kami ke laundry self service dan kemudiannya sarapan pagi di Restaurant Saleema, untuk makan roti canai. Sedap roti canainya, mengikut review dari google, roti nya memang laku keras, selepas pukul 9 dah habis. Semasa kami sampai pun ada sebuah bas persiaran dan beberapa van pelancung singgah disitu.
Selesai sarapan dan mendobi kami bersiap meninggalkan Chiang Rai, tetapi kami singgah dulu di rumah Field Marshal P.Pibulsongkram. Field Marshal ialah jawatan tertinggi dalam tentera darat. Maklumlah sayakan bekas budak boy, maka keinginan untuk melawat, mana tahu dapat menambah serba sedikit ilmu. Rumah nya berkonsep british berada diatas bukit dan kini ia dijadikan museum. Masuk percuma. Ada café disitu. Tak besar dan tk banyak bahan pameran.
Seterusnya kami singgah di Mae Fah Luang Art and Culture Park. Disini saya baru tahu erti Mae Fah Luang tu. Rupanya besar juga impak mendiang MotherQueen Srinagarindra ni. Patutlah institusi raja Thai sangat disanyangi rakyat Thai. Disini sekadar seperti sebuah museum kecil mempamerkan hasil kerja tangan masyarakat bukit. Saya meluangkan masa seketika, belajar serba sedikit art and culture Thailand.
Selepas itu kami meneruskan perjalananan, saya terus set GPS ke Chiang Mai, 188km lagi. Kalau ikut GPS, 3jam lagi, tapi kami santai santai sahaja, agak penat berhenti rehat. Pertengahan jalan kami singgah di sebuah masjid di atas bukit berdekatan Mae Kachan, memang ketara kelihatan bagi sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut tetapi berada diseberang jalan, kami pun u-turn, solat, berehat dan kemudian meneruskan perjalanan. Kemudian tk jauh dari situ kami terlihat beberapa kepulan asap menjulang ke atas, sangka saya terbakar, tetapi geyser rupanya. Air panas memancut keluar dari muka bumi dan kami pun berhenti untuk merakam kan gambar. Terdapat beberapa point geyser termasuk yg berada agak jauh sedikit dari jalan utama. Ramai pengunjung berhenti dan terdapat banyak restoren, tetapi tiada satu pun yg halal, jadi kami pun teruskan perjalanan.
Setelah beberapa minit berjalan kami terpaksa melalui kawasan pembaikan jalan. Agak jauh juga, proses menaik taraf jalan berlaku. Traffic bergerak perlahan, ada sesetengah tempat offroad. Motor dh berlumpur macam motocross.
Akhirnya sekitar jam 4 petang kami sampai di Chiang Mai. Terus cari makan di Yaring Restaurant. Google Review bagi rating yg bagus, tk rugi mencuba. Tapi servis agak lambat. Makanan sedap. Selesai makan terus cek in hotel. Saya ambil hotel yang tiada aircond. Tak pakai pun aircond musim sejuk gini. Dapatlah yg paling murah 500baht semalam. Lokasi di dalam old city, berdekatan dengan semua tempat.
Malam tu kami keluar mencari Night market. Kami ke Anusarn Market. Happening jugak area tu, hard Rock Café pun terletak disitu. Besar dan panjang kawasan tu, letih berjalan. Tapi kami rayau juga demi nak membawa pulang cenderahati kepada saudara dan sahabat. Sempat juga makan kebab tapi yg tak bestnya sebelah tu jual daging buaya bakar, scorpion, sinalau bakas .. eerrrkkk .. buat tk pandang je ler .. 🙈🙉🙊
Keesokannya kami sarapan di Ha Roti, dan selepas sarapan, kami ambil peluang jalan di City Park. Park nya kecil tapi cantik. Pukul 9.30am kami memulangkan motor, tanpa sebarang masalah dan mendapat semula deposit kami. Pulang ke hotel, masih berbaki lagi 5 jam sebelum depart, saya pakat dgn isteri nk meronda mall pulak, nk belanja barang anak2 pulak dengan duit deposit. kami pun sewa honda click 250baht/day. Mencilok lagi dalam kesesakan traffic, lagi cepat dan mudah dari motor besar. Seronok pulak🤣🤣
Selepas tu kami makan di Rice & Noodle Restaurant. Kemudian kami singgah dulu salat di masjid, mungkin kerana terlalu asyik, tengok2 jam dah pukul 1 petang, apa lagi le, rushing ke hotel, pulangkan scooter, ambil beg dan terus ke airport. Seb baik di hotel ada transport ke airport. Sampai airport orang ramai beratur, alamak, jam dah pukul 2 lebih. Lepas check in ada lagi line beratur panjang imigresen scanning pulak, alamak hati dah cuak. Kami pulak beratur di line yg berasingan, sorang kiri sorang kanan, line saya pulak laju je, org rumah pulak cuak, takut kena tinggal… hahaha .. hingga kan nama kami dipanggil 3 kali untuk boarding, apa lagi kami pun berlari kepintu pesawat .. fuhhh .. nasib baik tk kena tinggal .. 😅😅
Anyway, benda benda macam ni yang seronok nya, sebab bila teringat kembali, susah senang suka duka, geli hati… kalau semua cantik je .. tk best la kan kan kan .. Alhamdulillah tertutup lah sebuah lagi episode dalam lipatan sejarah hidup kami berdua. Pengalaman mendewasakan kami. Luas perjalanan, banyak pengalaman, sejuta kenangan. Terima kasih kepada yg sudi membaca. Niat saya hanya ada 2. Sebagai diari episode kami dan sebagai panduan kepada yg berhajat membuat perjalanan seperti kami. InshaAllah jika ada yg berhajat, kami dengan hati senang akan berkongsi pengalaman.😁🙏🙏
– SEKIAN -













No comments:

Post a Comment

Ride to Kuala Kangsar - Air terjun, Durian, Homestay Kampung, BBQ with good friends

 What else shud you ask for than a great weekend - Ride, Durian, water rapids, homestay at nice kampung and BBQ at nights. Kuala Kangsar has...